Monday 25 April 2011

kekasih hamparan hati


Aku hanyalah hamparan permaidani
terdampar di depan pintu
ketika kau datang pergi
sesekali jadi pengesat kaki
basah atau berdebu
tetap aku suka

hamparan aku ini
tidak jemu menanti
setiap saat dan waktu
dari kerelaan dan luka luka
rindu menghiris hati
mestipun mungkin suatu waktu
kau tidak akan datang datang lagi
mungkin untuk selamanya
berlalu pergi

kerana warna ini
akan semakin luput ditelan masa
dan goyah rapuh tubuhku ini
harus reput berkecai di sini
tanpa sesiapa
tanpa sisa perca lagi menanti
menyambut jengket lembut kakimu
berpijak menari

akulah hijau hamparan itu
kubentangkan padamu
indah lapang jauh
seluas alam penuh
walau diri di sanggar sunyi
terpenjara

aduhai kasih
karangan hati
andai kasih terbiar terbuang
tidak mengapalah cinta
aku terima semahumu
tinggal mimpi
memendam rasa
masih akan terus aku hamparkan juga.

No comments:

Post a Comment