Monday 21 March 2011

Pertanyaan Umum

Pertanyaan Umum

30 Rahsia hati wanita...

Wahai kaum Adam...hargailah setiap keikhlasan hati utk kaum Hawa...
Hatinya terlalu sensitif...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang di benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita...
Sekadar renungan bersama...yg baik jadikan tauladan..yg buruk jadikan sempadan...renung2kanlah

Mencari Sinar

Suatu ketika...
Aku pernah kecewa,
Aku pernah terluka,
Aku pernah sengsara,
Jua pernah menangis.

Namun...
Aku kini mula menyedari,
Perjalananku masih bujang,
Pencarianku masih jauh,
lalu aku mengisafi diri,
Ku mulakan hidup baru,
Ku teruskan langkah penuh cita,
Ku semaikan keazaman setinggi gunung,
Berbekalkan semangat waja.

Hidup perlu tabah dan sabar,
Hidup perlu berani dan cekal,
pendirian mesti tetap dan teguh,
Semangat harus kental dan tinggi,
Barulah kejayaan dapat digenggam,
Kebahagiaan bisa dimiliki.

Kini...
Aku bertekad dan berazam,
Aku tak akan kecewa lagi,
Aku tak mahu terus terluka,
Akan kuhapuskan segala derita,
Akan kulontarkan luka dan lara,
Biarlah kepedihan semalam berlalu pergi,
Aku akan mengatur langkah,
Meninggalkan kepahitan lalu,
Akan kucari sinar pelangi,
Demi mewarnai kehidupan mendatang,
Dihari esok dan jua selamanya.

Tuhan!
Restuilah perjuanganku,
Titiskan setitik cahayaMu,
Untuk menerangi perjalanan sepiku,
Menuju lorongMu yang hakiki,
dalam mencari sinar ketenangan,
Sepanjang meneruskan sisa kehidupan.

Junjung Kasih Salam Keramat

junjung kasih salam keramat, sambut salam keramat tiga puluh urusan sulit di serah dalam amanah, amanat taat simpulan berhajat, salam salam persembah hajat, salam perkenalan salam ukhwah, , simpang tiga tikam batu rumah beradab, tujuh petala langit diriku di angkat kesaksian, tujuh petala bumi diriku langkah, sembilan simpulan satu diriku berdiri gah, satu ikatan sembilan kebolehan, sembilan simpulan satu aku berhajat taat, tiga simpulan satu aku tunduk hormat, salam salam keramat, salam ukhwah salam bersahabat ......................... gersang bumi kerana panas , gersang langit kerana mendung , gersang manusia kerana jahil, gersang diri kerana tiada kejujuran , gersang hati kerana hilang hidayah, gersang akal kerana hilang tawakkal, yang datang gersang nafsu , tenggelam dalam diri sendiri...

Hasrat Untuk Berubah

Ketika aku masih muda dan bebas berkhayal,
aku bermimpi ingin mengubah dunia.
Seiring dengan bertambahnya kearifanku,
Kudapati bahwa
dunia tak kunjung berubah.

Maka cita-cita itupun agak kupersempit,
Lalu kuputuskan untuk hanya mengubah negeriku.
Namun tampaknya,
hasrat itupun tiada hasilnya.

Ketika usiaku semakin senja,
dengan semangatku yang masih tersisa,
kuputuskan untuk mengubah keluargaku.
Orang-orang yang paling dekat denganku.
Tapi celakanya,
merekapun tidak mau di ubah.

Dan kini,
Sementara aku berbaring saat ajal menjelang,
tiba-tiba kusadari;

"Andaikan pertama-tama yang ku ubah adalah
diriku,
Maka dengan menjadikan diriku sebagai panutan,
mungkin aku bisa mengubah keluargaku.

Lalu berkat inspirasi dan dorongan mereka
bisa jadi akupun mampu memmperbaiki negeriku;

kemudian siapa tahu,
aku bahkan bisa mengubah dunia!"