Tuesday 22 March 2011


Aku takda memori sangat hidup dengan abah. Dia pergi meninggalkan aku waktu umur aku 7 tahun.  Tapi arwah mama selalu cerita pasal abah kat aku. Mama pernah cerita, dulu abah naik basikal pergi kerja. Dari Anak Bukit ke Hospital Alor Setar setiap hari. Mama pun sama. Naik basikal jugak pergi keja. Kata mama, dulu jalan sunyi. Kalau keja malam memang takot juga nak naik basikal. Tapi sebab nak cari rezeki, dia gagahi jugak.
Bila mama lahirkan aku, abah dah tak naik basikal lagi. Kata mama, doktor tak kasi. Mama pun tak naik basikal lagi. Dorang dah mula naik bas. Aku tanya mama, kenapa tak beli motor ja. Ye la, nak beli keta mana ada duit kan. Mama kata abah takut naik motor.
Ada skali dulu time aku kemas2 rumah, aku terjumpa satu resit basikal. Arwah abang kata ni resit basikal religh abah. Aku tanya kenapa basikal murah sangat, sebab aku tengok resit tu tulis 10 ringgit kalau tak silap aku. Abang kata abah beli basikal hutang. So ini resit monthly installment. Terdiam aku sekejap.
Bila aku pikir-pikir balik, kalau la abah ada sekarang mesti dia bangga dengan penat lelah, kerja kuat dia  membesarkan aku. Mesti dia kata, berbaloi dia beli basikal harga RM80 ringgit hutang sebagai transport ke tempat kerja demi membesarkan kami adik beradik.
Bila aku drive balik time hujan2, aku terpikir cemana la mama ngan abah pergi keja naik basikal kalau hujan2 gini. Aku beli keta hutang, abah beli basikal hutang.. uh!betapa susahnya kami dulu.
Aku bersyukur Allah telah izinkan mobiliti sosial berlaku dalam keluarga aku. Dari mak ayah aku seorang attendant hospital kumpualan C, anaknya yang seorang ni ditakdirkan menjadi pegawai kumpulan A. Betapa payahnya seorang mama dan abah membesarkan aku sehingga aku diletakkan Allah ke tahap ini.
Aku sentiasa sedar diri dari mana aku datang. Aku sedar asal usul aku. Aku bangga bercerita siapa abah dan mama aku. Biarpun mereka bukan seorang yang kaya raya, Dato’2, Tan Sri2, aku tetap bangga menjadi anak mereka.
Aku bercerita bukan dengan niat membangga diri, walau pernah ada orang menganggap aku sedemikian. Demi Allah tidak ada sekelumit niatpun. Aku cuma mahu berkongsi cerita dan pengalaman. Aku mahu kalau2 cerita2 aku boleh dijadikan panduan hidup untuk siapa2 yang mahu.
Pernah ada yang menghina aku kerana aku datang dari keluarga miskin. Aku tak kisah. Aku lebih rela dihina manusia daripada dihina Allah disana kelak. Cakaplah apa saja tentang kemiskinan keluarga aku. Sedikitpun aku tak pernah merasa malu. Biar aku miskin harta tapi aku mahu kaya jiwa.
Ada satu perkara sahaja aku berani mendabik dada
Dengarlah wahai sekalian alam
Rezeki aku tidak pernah ada didalam tangan siapa-siap kecuali Allah azzawajalla. Dia Maha berkuasa memberi, Dia juga berkuasa menarik kembali pemberian.
titik.

No comments:

Post a Comment