Tuesday 22 March 2011

Seandainya Aku Mati Maafkan Aku



Wahai teman
ke manakah jalan hidupmu?
apakah ke laluan yang terang benderang,
atau ke lorong yang gelap dan kelam?
atau mungkin…
kau ingin menyelusuri laluan samar berkabus
penuh keraguan dan ketidakpastian?
Wahai teman
masa muda itu singkat
kematian itu dekat
masa lalu takkan kembali
yang ada hanya kini dan masa depan
berbuatlah sesuka hatimu sekarang
jika kau ingin sengsara di hari kemudian
Wahai teman
tatkala engkau merasa tersisih
ingatlah pesanku, percayalah kataku
bahawa dirimu terlalu istimewa
dan tak layak untuk engkau berputus asa
kerana Tuhan sentiasa ada
mendengar dan melihat segala
Wahai teman
tahun demi tahun berganti
saat demi saat tak pernah terhenti
cuma satu kupinta darimu
tetapkanlah matlamat hidupmu
laluanmu akan menjadi mudah
Wahai teman
jangan merasa berat dengan pesanku
kerana aku kasih dan sayang padamu
dan aku ingin…
agar kau kasih pada Tuhan dan Rasulmu

No comments:

Post a Comment